Thursday, December 20, 2018



SEJARAH PANGLIMA@TOK LAJI

PENSYARAH :    ENCIK WAN MOHD FUAD
NAMA AHLI :      NUR HASIKIN BINTI ZAKARIA (3041172010)
NURUL AIDA AFIQAH BINTI AHAMAD TARMIZE       (3041172013)


PENGHARGAAN

Bissmillahirahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur keatas Allah SWT diatas limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa & tenaga yang dianugerahkan kepada kami untuk mnyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, kami ingin mengucapkan jutaan penghargaan & terima kasih kepada pensyarah yang kami kasihi, Encik Wan Moh Fuad Bin Wan kerana sudi memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada kami untuk mnyelesaikan tugasan ini dengan suksesnya.

Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyelesaikan tugasan ini. Mereka telah memberikan kami segala kemudahan & sokongan moral yang tidak terhingga sehingga kami Berjaya menyelesaikan tugasan ini.

Tidak ketinggalan juga, terima kasih diucapkan kepada rakan – rakan yang sudi membantu sedikit sebanyak menyumbang idea kepada kami untuk kami lengkapkan tugasan ini dengan sempurna.
Akhir madah, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam membantu menyelesaikan & melengkapkan tugasan ini.


PENDAHULUAN

Siapakah Panglima Tok Laji ini? Beberapa tahun kebelakang ini kita dihebohkan dengan pengkhabaran tentang penemuan makam Panglima Tok Laji disebuah ladang kelapa sawit di Tanjung Gelugor Kesang Tasek Ledang. Persoalannya disini siapakah Tok Laji & mengapa makamnya diberi penghormatan seperti membuat bangsal diatas makamnya serta ada hamba allah  yang telah diupah untuk menjaga kebersihan disekitar makam tersebut.  Didalam tugasan ini kami telah bersepakat memilih untuk mengkaji tentang latar belakang Panglima Tok Laji ini kerana beliau dikatakan pernah terlibat didalam perjuangan menentang Belanda pada tahun 1785.

ASAL USUL PANGLIMA @ TOK LAJI

Panglima @ Tok Laji Bin Lahir@Mo’en(Tok Kesang)  merupakan anak kepada pembukaan kawasan Kesang . Beliau berasal daripada campuran keturunan Melayu & Bugis, ibunya berketurunan Bugis manakala Tok Kesang berketurunan  Melayu. Beliau mempunyai empat orang adik beradik. Beliau dipilih orang ramai untuk menjadi ketua bagi menggantikan ayahandanya yang telah meninggal selepas beberapa ketika membuka Kampung Kesang Tasek. Beliau dilantik untuk menjadi Penghulu, Pawang Diraja, Imam Besar & wakil Sultan di jajahan Kesang. 

KEISTIMEWAAN PANGLIMA @ TOK LAJI

Semasa Johor di bawah pemerintahan Sultan Mahmud shah III pada tahun 1790-an & Sultan Hussain pada tahun 1820-an serta Temenggong Muar pada zaman Engku Buruk, Dato’ Kamil (Sonet @ Konik)& Engku Said. Beliau dididik dengan ilmu keagamaan & ilmu persilatan oleh bapanya sendiri. Kebijaksanaan beliau bukan shaja dapat mewujudkan zon perniagaan diantara Muar, Melaka,Kelang & Kuala Selangor yang telah menjadikan kawasan ini bertambah luas, aman & makmur bahkan ia juga diberi kepercayaan sebagai orang tengah didalam peristiwa isu pertelingkahan ketika pelantikan Sultan Ali menjadi Sultan Johor pada tahun 1835.

Pada usia muda beliau digelar Panglima oleh kerana kepintaran, keistimewaan, keberanian & kehandalannya dalam menghadapi sesuatu cabaran. Dikatakan sala satu kehebatannya dapat mematikan & menahan pergerakan angin telah menyebabkan kapal – kapal & perahu dagang penjajah tidak bergerak. Perkara ini memudahkan lagi untuk beliau menyerang serta merampas barangan dagangan. Hasil daripada rampasan tersebut akan dibawa ke Pantai Layang & Pulau Penarik di Sungai Muar sebelum diedarkan kepada penduduk tempatan.

PENENTANGAN TERHADAP JAJAHAN BELANDA


Beliau juga merupakan Pejuang Melayu kerana telah membantu bapa saudaranya Raja Haji, dengan turut berperang menentang Belanda sehingga Berjaya meletupkan kapal perang Malakka’s Welyaran yang telah menyebabkan Ketua Pemerintahan tenteranya Arnolds Lemker terkorban & dapat meletupkan kapal Dolphijn yang membawa mayat Raja Haji.

Pada tahun 1785, beliau telah membantu sepupunya, Sultan Ibrahim Shah ( Sultan Selangor ke II) bersama orang Pahang yang dikirimkan oleh Bendahara Abdul Majid menyerang merampas kembali Kota Kuala Selangor dari Belanda.

TOK LAJI DILANTIK MENJADI PENGHULU BESAR DI KAMPUNG KESANG

Tok Laji telah berkahwin dengan puteri sulung Raja Mahmud bernama Raja Limah yang berketurunan Bugis. Raja Mahmud yang terkenal dengan gelaran Bugisnya, Suliwatang@Saliwatang. Raja Mahmud & keluarganya menetap di Kuala Langat, Negeri Selangor yang merupakan sebuah penempatan masyarakat Bugis yang terbesar di rantau ini.

Dengan kehandalan yang istimewa itu, tidak hairanlah Laji dapat beristerikan anak Raja Mahmud yang pernah termasyhur diseketika dulu. Laji juga dipandang tinggi oleh kerabat Diraja Bugis. Pada tahun 1855M, Sultan Ali telah menyerahkan Negeri Johor kepada Temenggong Daeng Ibrahim. Namun begitu daerah Kesang hingga ke sempadan Negeri Sembilan & sebahagian dari Negeri Melaka hingga ke Umbai pada ketika itu masih lagi dibawah pemerintahan beliau. Baginda telah melantik seramai 22 orang penghulu untuk mentadbir setiap mukim.

Sultan Ali Iskandar Shah 

Penghulu – penghulu ini telah diberikan kuasa penuh untuk memungut cukai & hasil di kawasan masing – masing. Maka dari sinilah pula berlakunya berbagai penyelewangan & telah menjadikan pemerintahan Sultan Ali berada dalam keadaan lemah & kucar – kacir. Walaubagaimanapun, Sultan Ali sebagai seorang Sultan yang memerintah maka segala adat istiadat kerajaan tetap dijalankan seperti biasa. Baginda mempunyai 2 buah istana iaitu di Umbai & di Kuala Kesang. Pada setiap tahun akan diadakan sambutan hari jadi baginda dengan keramaian & adat bersiram diatas Panca – Pesada 7 tingkat dimana penghulu – penghulu inilah yang akan menyiramkan air ke tubuh baginda. Laji yang telah sedia maklum memang mempunyai bebrapa kelebihan yang istimewa. Dalam tahun yang pertama beliau dilantik menjadi Penghulu Kesang Tasek dalam istiadat bersiram ini. Beliau adalah orang yang ke-7 untuk menyiram tubuh Sultan Ali. Setiap penghulu dikehendaki menyiram 10 timba air ke tubuh Sultan Ali. Tetapi bagi Penghulu Laji hanya 3 timba sahaja kerana Sultan Ali sudah tidak tahan menggigil kesejukan lalu baginda meminta dihentikan siraman tersebut. Maka, pada hari itu juga Laji telah dilantik menjadi Penghulu Besar Pawang Diraja & Imam bagi Kampung Kesang Tasek.

PEMBUKAAN KAMPUNG BARU OLEH TOK LAJI

Sungai Kesang Tasek


Selepas 5 tahun beliau menjadi Penghulu di Kesang Tasek & semua kawasan telah terbuka maka ia pun membuka sebuah kampung baru di sebelah ulu mudik Sungai Kesang kira – kira 3 batu jauhnya dari Kesang Tasek yang sebelah kanannya dinamakan Gelugor & disebelah kirinya dinamakan Teluk Gong ( yang kini didalam jajahan Negeri Melaka). Di Teluk Gong ini hanya khas untuk penanaman padi hinggalah sekarang. Manakala di Gelugor pula sebagai tempat untuk bertanam kelapa, pisang pinang & lain–lain. Setelah tiga tahun menetap di Gelugor(Kesang Tasek), beliau telah kembali ke rahmatullah untuk menyahut panggilan illahi pada tahun 1840. Makamnya terletak di tepi sungai Kampung Gelugor @ Kesang Tasek.  

 KESIMPULAN

Tok Laji atau digelar Panglima oleh kerana kepintaran, keistimewaan, keberaniaan & kehandalannya dalam menghadapi sesuatu cabaran. Boleh dikatakan sepanjang hayat beliau dihabiskan untuk menyelamatkan kawasan Tanah Melayu daripada dijajah oleh kuasa luar seperti Belanda. Beliau juga seorang yang suka memberi pertolongan kepada orang lain seperti beliau telah membantu bapa saudaranya Raja Haji dalam menetang Belanda & membantu sepupunya Sultan Ibrahim Shah untuk menyerang & merampas kembali Kota Kuala Selangor daripada Belanda. Beliau juga telah mewujudkan zon perniagaan untuk penduduk tempatan sebagai tempat untuk mencari rezeki dengan hasil tanaman mereka. Namun begitu, beliau juga diberi kepercayaan oleh Sultan Ali untuk menjadi orang tengah di dalam peristiwa pertelingkahan ketika perlantikan Sultan Ali untuk menjadi Sultan Johor pada tahun 1835. Pengajaran yang boleh diambil berdasarkan perjuangan Tok Laji adalah, kita seharusnya bijak dalam membuat apa – apa keputusan. Ini bermakna, kita seharusnya berfikir secara rasional dimana keputusan yang bakal dibuat haruslah baik kepada diri kita dan orang lain juga.

SUMBER RUJUKAN :
Encik Talib, cicit Tok Laji 

LAMPIRAN

























MAKLUMAT OLEH ARWAH PAK HARUN PENJAGA MAKAM TOK LAJI 



2 comments:

  1. Salam..Bapa Tok Laji Bugis..Ibunya Melayu..Camne boleh twist ni..


    Dr- cicit Tok Laji..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alfatehah buat almarhom/mah muga2ducucuri rahmat keatas rohnya bgi pejuang *fisabillillah*laji b moen.dari ankcucu generasi ke7.

      Delete