SEJARAH PANGLIMA@TOK LAJI
PENSYARAH : ENCIK WAN MOHD FUAD
NAMA AHLI : NUR HASIKIN BINTI ZAKARIA (3041172010)
NURUL
AIDA AFIQAH BINTI AHAMAD TARMIZE
(3041172013)
PENGHARGAAN
Bissmillahirahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t & salam
sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur keatas Allah SWT diatas limpahan rahmat
serta nikmat masa, nyawa & tenaga yang dianugerahkan kepada kami untuk
mnyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, kami ingin mengucapkan
jutaan penghargaan & terima kasih kepada pensyarah yang kami kasihi, Encik
Wan Moh Fuad Bin Wan kerana sudi memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada
kami untuk mnyelesaikan tugasan ini dengan suksesnya.
Kami ingin mengucapkan terima kasih
yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi kami pemudahcara untuk
menyelesaikan tugasan ini. Mereka telah memberikan kami segala kemudahan &
sokongan moral yang tidak terhingga sehingga kami Berjaya menyelesaikan tugasan
ini.
Tidak ketinggalan juga, terima kasih
diucapkan kepada rakan – rakan yang sudi membantu sedikit sebanyak menyumbang
idea kepada kami untuk kami lengkapkan tugasan ini dengan sempurna.
Akhir madah, kami mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam
membantu menyelesaikan & melengkapkan tugasan ini.
PENDAHULUAN
Siapakah Panglima Tok Laji ini?
Beberapa tahun kebelakang ini kita dihebohkan dengan pengkhabaran tentang
penemuan makam Panglima Tok Laji disebuah ladang kelapa sawit di Tanjung
Gelugor Kesang Tasek Ledang. Persoalannya disini siapakah Tok Laji &
mengapa makamnya diberi penghormatan seperti membuat bangsal diatas makamnya
serta ada hamba allah yang telah
diupah untuk menjaga kebersihan disekitar makam tersebut. Didalam tugasan ini kami telah bersepakat
memilih untuk mengkaji tentang latar belakang Panglima Tok Laji ini kerana
beliau dikatakan pernah terlibat didalam perjuangan menentang Belanda pada
tahun 1785.
ASAL
USUL PANGLIMA @ TOK LAJI
Panglima @ Tok Laji Bin Lahir@Mo’en(Tok
Kesang) merupakan anak kepada pembukaan
kawasan Kesang . Beliau berasal daripada campuran keturunan Melayu & Bugis,
ibunya berketurunan Bugis manakala Tok Kesang berketurunan Melayu. Beliau mempunyai empat orang adik
beradik. Beliau dipilih orang ramai untuk menjadi ketua bagi menggantikan
ayahandanya yang telah meninggal selepas beberapa ketika membuka Kampung Kesang
Tasek. Beliau dilantik untuk menjadi Penghulu, Pawang Diraja, Imam Besar &
wakil Sultan di jajahan Kesang.
KEISTIMEWAAN
PANGLIMA @ TOK LAJI
Semasa Johor di bawah pemerintahan
Sultan Mahmud shah III pada tahun 1790-an & Sultan Hussain pada tahun
1820-an serta Temenggong Muar pada zaman Engku Buruk, Dato’ Kamil (Sonet @
Konik)& Engku Said. Beliau dididik dengan ilmu keagamaan & ilmu
persilatan oleh bapanya sendiri. Kebijaksanaan beliau bukan shaja dapat
mewujudkan zon perniagaan diantara Muar, Melaka,Kelang & Kuala Selangor
yang telah menjadikan kawasan ini bertambah luas, aman & makmur bahkan ia
juga diberi kepercayaan sebagai orang tengah didalam peristiwa isu
pertelingkahan ketika pelantikan Sultan Ali menjadi Sultan Johor pada tahun
1835.
Pada usia muda beliau digelar Panglima
oleh kerana kepintaran, keistimewaan, keberanian & kehandalannya dalam
menghadapi sesuatu cabaran. Dikatakan sala satu kehebatannya dapat mematikan
& menahan pergerakan angin telah menyebabkan kapal – kapal & perahu
dagang penjajah tidak bergerak. Perkara ini memudahkan lagi untuk beliau
menyerang serta merampas barangan dagangan. Hasil daripada rampasan tersebut
akan dibawa ke Pantai Layang & Pulau Penarik di Sungai Muar sebelum
diedarkan kepada penduduk tempatan.
PENENTANGAN
TERHADAP JAJAHAN BELANDA
Beliau juga merupakan Pejuang Melayu
kerana telah membantu bapa saudaranya Raja Haji, dengan turut berperang
menentang Belanda sehingga Berjaya meletupkan kapal perang Malakka’s Welyaran
yang telah menyebabkan Ketua Pemerintahan tenteranya Arnolds Lemker terkorban
& dapat meletupkan kapal Dolphijn yang membawa mayat Raja Haji.
Pada tahun 1785, beliau telah membantu
sepupunya, Sultan Ibrahim Shah ( Sultan Selangor ke II) bersama orang Pahang
yang dikirimkan oleh Bendahara Abdul Majid menyerang merampas kembali Kota
Kuala Selangor dari Belanda.
TOK
LAJI DILANTIK MENJADI PENGHULU BESAR DI KAMPUNG KESANG
Tok Laji telah berkahwin dengan puteri
sulung Raja Mahmud bernama Raja Limah yang berketurunan Bugis. Raja Mahmud yang
terkenal dengan gelaran Bugisnya, Suliwatang@Saliwatang. Raja Mahmud &
keluarganya menetap di Kuala Langat, Negeri Selangor yang merupakan sebuah
penempatan masyarakat Bugis yang terbesar di rantau ini.
Dengan kehandalan yang istimewa itu,
tidak hairanlah Laji dapat beristerikan anak Raja Mahmud yang pernah termasyhur
diseketika dulu. Laji juga dipandang tinggi oleh kerabat Diraja Bugis. Pada
tahun 1855M, Sultan Ali telah menyerahkan Negeri Johor kepada Temenggong Daeng
Ibrahim. Namun begitu daerah Kesang hingga ke sempadan Negeri Sembilan &
sebahagian dari Negeri Melaka hingga ke Umbai pada ketika itu masih lagi
dibawah pemerintahan beliau. Baginda telah melantik seramai 22 orang penghulu
untuk mentadbir setiap mukim.
Penghulu – penghulu ini telah diberikan
kuasa penuh untuk memungut cukai & hasil di kawasan masing – masing. Maka
dari sinilah pula berlakunya berbagai penyelewangan & telah menjadikan
pemerintahan Sultan Ali berada dalam keadaan lemah & kucar – kacir.
Walaubagaimanapun, Sultan Ali sebagai seorang Sultan yang memerintah maka segala
adat istiadat kerajaan tetap dijalankan seperti biasa. Baginda mempunyai 2 buah
istana iaitu di Umbai & di Kuala Kesang. Pada setiap tahun akan diadakan
sambutan hari jadi baginda dengan keramaian & adat bersiram diatas Panca –
Pesada 7 tingkat dimana penghulu – penghulu inilah yang akan menyiramkan air ke
tubuh baginda. Laji yang telah sedia maklum memang mempunyai bebrapa kelebihan
yang istimewa. Dalam tahun yang pertama beliau dilantik menjadi Penghulu Kesang
Tasek dalam istiadat bersiram ini. Beliau adalah orang yang ke-7 untuk menyiram
tubuh Sultan Ali. Setiap penghulu dikehendaki menyiram 10 timba air ke tubuh
Sultan Ali. Tetapi bagi Penghulu Laji hanya 3 timba sahaja kerana Sultan Ali
sudah tidak tahan menggigil kesejukan lalu baginda meminta dihentikan siraman
tersebut. Maka, pada hari itu juga Laji telah dilantik menjadi Penghulu Besar Pawang
Diraja & Imam bagi Kampung Kesang Tasek.
PEMBUKAAN
KAMPUNG BARU OLEH TOK LAJI
Selepas 5 tahun beliau menjadi Penghulu
di Kesang Tasek & semua kawasan telah terbuka maka ia pun membuka sebuah
kampung baru di sebelah ulu mudik Sungai Kesang kira – kira 3 batu jauhnya dari
Kesang Tasek yang sebelah kanannya dinamakan Gelugor & disebelah kirinya
dinamakan Teluk Gong ( yang kini didalam jajahan Negeri Melaka). Di Teluk Gong
ini hanya khas untuk penanaman padi hinggalah sekarang. Manakala di Gelugor
pula sebagai tempat untuk bertanam kelapa, pisang pinang & lain–lain.
Setelah tiga tahun menetap di Gelugor(Kesang Tasek), beliau telah kembali ke
rahmatullah untuk menyahut panggilan illahi pada tahun 1840. Makamnya terletak di tepi sungai
Kampung Gelugor @ Kesang Tasek.
KESIMPULAN
Tok Laji atau digelar Panglima oleh
kerana kepintaran, keistimewaan, keberaniaan & kehandalannya dalam
menghadapi sesuatu cabaran. Boleh dikatakan sepanjang hayat beliau dihabiskan untuk menyelamatkan kawasan Tanah Melayu daripada dijajah oleh kuasa
luar seperti Belanda. Beliau juga seorang yang suka memberi pertolongan kepada
orang lain seperti beliau telah membantu bapa saudaranya Raja Haji dalam
menetang Belanda & membantu sepupunya Sultan Ibrahim Shah untuk menyerang
& merampas kembali Kota Kuala Selangor daripada Belanda. Beliau juga telah
mewujudkan zon perniagaan untuk penduduk tempatan sebagai tempat untuk mencari
rezeki dengan hasil tanaman mereka. Namun begitu, beliau juga diberi
kepercayaan oleh Sultan Ali untuk menjadi orang tengah di dalam peristiwa
pertelingkahan ketika perlantikan Sultan Ali untuk menjadi Sultan Johor pada
tahun 1835. Pengajaran yang boleh diambil berdasarkan perjuangan Tok Laji
adalah, kita seharusnya bijak dalam membuat apa – apa keputusan. Ini bermakna,
kita seharusnya berfikir secara rasional dimana keputusan yang bakal dibuat
haruslah baik kepada diri kita dan orang lain juga.
SUMBER
RUJUKAN :
Encik Talib, cicit Tok Laji
LAMPIRAN
MAKLUMAT OLEH ARWAH PAK HARUN PENJAGA MAKAM TOK LAJI











Salam..Bapa Tok Laji Bugis..Ibunya Melayu..Camne boleh twist ni..
ReplyDeleteDr- cicit Tok Laji..
Alfatehah buat almarhom/mah muga2ducucuri rahmat keatas rohnya bgi pejuang *fisabillillah*laji b moen.dari ankcucu generasi ke7.
Delete